Saturday 11 February 2017

Assalamualaikum..

Hotel D'kolam & Pancing Resort Jengka akan dinaik taraf dalam masa terdekat. Setakat ini hotel-hotel akan dibina di sepanjang sungai sedia ada. Selain itu kolam pancing akan dinaik taraf. Cafe turut disediakan berhampiran kolam pancing. Perancangan lain aktiviti sukan lasak turut akan diadakan nanti. Bagi yang suka berjoging dan berekreasi laluan utk joging juga turut disediakan.

Kepada kaki pancing jgan lepaskan peluang ini. Yang nak inap dan memancing inilah lokasi yang termasuk dalam list anda. Moh le aokmer ke mari..

Hotel D'kolam & Pancing Resort Jengka ini bersuasana santai dan klasik. Bangunan dibina dengan rekabentuk Rome klasik. Lokasinya pula hanya 2km dari Bandar Jengka,Pahang di tepi jalan laluan utama Bandar Jengka-Temerloh Pahang.

Hotel ini telah dibuka sejak Mei 2010 . Hotel ini sentiasa ditambahbaik untuk keselesan tetamu yang berkunjung. Dengan harga yang berpatutan dan mampu milik kami selalu tidak menang tangan menerima kedatangan tetamu samada hari-hari biasa,hujung minggu ,cuti umum serta cuti sekolah.

Hotel D'kolam & Pancing Resort Jengka mempunyai 31 buah bilik yang amat selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin. [ Kami dalam proses menyiapkan 9 buah bilik hotel menjadikan jumlah keseluruhan bilik Hotel D'kolam 40 buah bilik....alhamdulillah ]

Hotel D'kolam & Pancing Resort Jengka kini telah dibuka dengan pelbagai kemudahan yang mampu memberi keselesaan kepada pengguna.
Senarai harga :
* 2 katil bujang + aircond+ w.heater + tv + kabinet                               = RM55.00 [2 org]
* 1 katil besar + aircond + w.heater + tv + kabinet                                = RM55.00 [2 org]
* 1 katil bujang 1 katil besar + aircond + w.heater + tv + kabinet          = RM75.00 [3 org]
* 2 katil bujang + 1 katil besar + aircond + w.heater + tv + kabinet       = RM95.00 [4 org]


HOTEL Jengka D'kolam menyediakan : 

22 buah bilik = RM55
6 buah bilik   = RM75

3 buah bilik   = RM95
Jemputlah DATANG beramai2 nikmati percutian menarik di sini...


KOLAM PANCING JUGA TERDAPAT DISINI.

3 jam= RM15.00 [ikan patin] + jackot Wah

3 jam=RM10 [tilapia,x jackpot Hehe] [ * mengikut terma dan syarat ]
Kepada kaki-kaki pancing..... barang-barang pancing juga dijual berhampiran dengan kolam ikan ini
** Dewan serbaguna berkeluasan 30'x30' untuk kursus dan seminar dengan kadar sewa RM70 sahaja/jam.
** Dewan serbaguna berkeluasan 30'x30 untuk majlis kenduri kendara RM500 [termasuk api/air]
Untuk Pertanyaan dan tempahan sila hubungiSenyuman Lebar :
=== 019- 903 7786 - kaunter hotel


Alamat : 
Hotel Jengka D'Kolam,
Jalan Besar Jengka 14,
26400 Bandar Pusat Jengka,
Pahang, Darul Makmur.

#hoteljengkadkolam
#hoteljengka
#hoteldekatuitm
#hoteldijengkapahang
#hoteljengkapahang

1 comment:

  1. Lucky Club | Lucky Club
    Lucky Club is the ultimate destination for slots! Enjoy our unique experience of slots and table games along with the luckyclub chance to win exclusive Lucky Club Casino bonus Live: 90-day expirySun, Dec 12Albuquerque, NM 85930 - 2 nights ago

    ReplyDelete